Friday, December 9, 2011

Nasi Arab Ayam Mandy.

assalamualaikum frens.

suka tak makan nasi arab mandy?  sebelum ni sy selalu beli nasi mandy lamb or chicken dari restaurant al-rawsha, restaurant nasi arab Al-amin gombak, restaurant saba' di dataran jelatek....harganya agak mahal....






sy dpt resepi ni dr seorng kwn yg juga dpt dr internet.. sy cuba n hasilnya... superb!

Nasi Mandy Ayam

nasi mandy

1 ekor ayam potong 8
rebus ayam bersama:
2 L air-tambah jika perlu
2 cm halia
2 bj bwng besar belah 4
4 ulas bwang putih-ketuk
rempah kasar 4 sekawan- kayu manis, bunga lawang, buah pelaga n bunga cengkih)
1 keping asam gelugur
1 sudu teh perencah secukup rasa
garam secukupnya.
Rebus selama 50 minit.
keluarkan ayam.
tapis air rebusan untuk masak nasi dan tinggal sikit untuk sup .

Perap ayam dengan:
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh secukup rasa
sedikit garam
sedikit serbuk safron @ pewarna kuning.
Goreng ayam dalam minyak separuh tenggelam sehingga golden brown.
Ayam mandy dah siap!

Untuk masak nasi:

5 cawan beras Parboiled Vita Grain super long Jasmine rice.
( gunakan beras ini untuk nasi yg pluffy n lembut-sedap!)
7 1/2 cawan air rebusan tadi. ( 1 cwn beras + 1 1/2 cwn air)

dlm periuk lain tumis:
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
dengan 2 sudu besar minyak sapi g-blend.
tumis selama seminit dan tuangkan ke dalam periuk nasi tadi. kacau sikit-masak dlm periuk elektrik mcm biasa
sampai nasi hampir kering.  buat lubang di tengah......masukkn arang berbara yg berasap n tutup periuk. ( refer di bwh untuk cara...) let it be for about 10 minutes.  take out the arang-buang.  titiskn sedikit warna kuning ats nasi sebelum gaul. now nasi mandy is ready...

perkara penting untuk dptkan aroma nasi mandy...
semasa mula2 nak masak nasi tadi pd masa sama nyalakan beberapa ketul arang sehingga berbara.  tips utk dpat arang berbara dengan segera...letakkan ketulan arang atas api dapur gas utk beberapa minit.  masukkan dlm aluminium foil n tuangkan sedikit minyak masak....berasap! terus masukkan foil yg berisi arang ni ke dlm lubang nasi dlm periuk..tutup periuk!  this is the trick to get the nice aroma of 'salai'  mandy rice...sound hard to do ha? actually this is not as bad  as it sounds. try first..amazed later...
Nasi mandy dah siap!


sos lada

5 bj lada hijau yg fresh
2 bj lada merah
1/2 suduteh garam
1 suduteh gula
1 suduteh cuka
2 bj buah tomato dibuang biji n dicincang
secekak daun ketumbar dicincang halus.

blend lada bersama sedikit garam n gula n  tambah sikit air.
campurkan dengan
2 bj buah tomato- di buang biji- dicincang halus n
secekak daun ketumbar-cincang halus. sos lada dah ready...

salad

1 bj timun  buang biji potong panjang
1 bj lada hijau potong buang bj potong serong
daun lettuce potong kecil
7 bj buah zaitun jeruk
1 sudu besar cuka
2 suduteh gula
1/2 suduteh garam
1 sudubesar minyak zaitun

gaulkan semua-salad dah ready.

sos yogurt

5 sudubesar plain natural yogurt tambahkan 1 sudubesar gula n sikit air-bancuhkn- sos yogurt dah ready....

Nasi mandy dihidangkan bersama ayam  mandy, sos lada, salad n sos yogurt.. kalau nak buat versi melayu boleh hidang dengan sup dari air rebiusan ayam....so why waiting? indulge!....regret later...

Friday, June 24, 2011

easiest Cheese cake

assalamualaikum friends,
kali ni sy nak share resipi cheese cake yg tersangat senang nak buat.  tak payahlah beli/order sbb kita boleh buat sendiri je...


bahan2nya:


utk base:

1 pack besar biskut tiger
1/2 buku butter--cairkan

hancurkan/ blend biskut, gaul dgn melted butter.  press on dlm loyang yg dilapik kertas n sapu minyak skit.
kalau nak base tebal boleh tambah biskut n melted butter.

untuk filling:

2 packs philadelphia cream cheese  ( keluarkn dari fridge awal2 supaya lembut )
1 cawan gula castor/ gula pasir yg halus  (kalau suka manis tambah lah sikit lg..)
2 sudu besar jus lemon / jus limau nipispun boleh tapi kurang aroma
1 pack ( 10 g) serbuk agar2  (without flavor)
1 bj telur
1 tin nenas cubed  ( toskn, air jus simpan, nenas dicincang halus )

mix cheese n gula selama 15 min.  tambah telur, tambah lemon juice.  mix lg. panaskan air jus nenas ambil lebih krg secawan sampai mendidih  masukkn serbuk agar2. kacau.  tuangkan semasa masih panas dlm adunan cheese tadi.  mix lg..stop mixer. gaulkan nenas cincang.  tuang adunan atas base tadi.  simpan dlm peti semalaman.  ready to indulge....

Saturday, April 30, 2011

Raya lambat lagi.....



Hari raya tahun ni memang lambat lagi...tapi saya nak kongsi resipi pagi raya kami sekeluarga untuk tahun lepas...so long overdue!  tak pe..better late than never.  Semua gambar-gambar ni saya rakamkan masa masak nasi bukhari ni pada hari raya tahun lepas.  Terlalulah sibuknya konon sampai tak sempat nak post.  Akhirnya...here is what i want to share with you...



Nasi Bukhari  ( untuk family of 15 or so..)

2kg tulang lembu--direbus selama 2 jam, buang air rebusan pertama utk nyah lemak!

Tairu--disediakan lebih awal--1 cawan susu sejat diperahkn 2 bj limau nipis.

8 cawan beras basmathi Moghul
2 peket rempah Bukhari faiza
seikat daun ketumbar
seikat daun pudina
1 tin minyak sapi ghee blend

Bahan utk ditumis:

5 bj buah tomato--dicincang halus
2 bj bawang besar--dicincang halus
2 ulas bwg putih--dicincang halus
1 inci halia--dicincang halus

semua bhn di atas ditumis dalam 1 tin kecil minyak sapi Ghee blend.  tumis sampai wangi, masukkan 2 bungkus rempah bukhari Faiza ( tak payah bancuh dgn air ) kacau tambahkn sedikit air. 

Tumis n kacau sampai rempah masak.    Masukkan tairu-kacau -tambah sedikit air kalau perlu.  masukkan tulang yang sudah direbus tadi dan sedikit air rebusan.  Rebus lagi sampai mesra @ sampai pekat.  Masukkan garam n serbuk perasa.  Masukkan daun ketumbar n daun pudina. Tulang n rempah ni mesti dimasak sampai pekat.  Dalam rice cooker, buat lapisan beras dengan rempah secara berselang seli.  lapisan beras bwh sekali.  ( supaya nasi tak melekat kat periuk ).  susun ketulan tulang berempah atas beras dan seterusnya.. tuangkan air rebusan yang selebihnya sebanyan 10 cawan sukatan beras tadi.  Masak mcm biasa---biar ia cooking sampai off sendiri--jangan buka sehingga satu jam.  selepas sejam insyaAllah nasi akan nice n pluffy...





-lapiskan rempah dengan beras







-tambah air rebusan tulang


-masak untuk 1 jam


-nasik dah masakm nice and fluffy





-acar rampai


Nasi ni sedap dihidang dengan daging masak hitam, dalca n acar rampai.  Resipinya lain kalilah pulak..Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...