Monday, October 11, 2010

Dodol Tradisional

Assalamualaikum.


Dua hari lepas terasa teringin nak makan dodol..Masa hari raya baru ni ada kakak bagi sikit.  Tak puas makan.  Lalu saya mencuba resepi dodol ala saya sendiri.  Alhamdulillah hasilnya amasing!  Tak susahpun.  Tak perlu tunggu nak ada kawah besar baru nak buat dodol.  Saya buat dalam kuali tebal ( Korea King ).  Guna api sangat perlahan.   Boleh ditinggal-tinggalkan...kacau sekali sekala saje...bila dah siap kerja di dapur tutup api.  Next time ada kerja memasak boleh disambung pula mengacau dodol tadi.  Total hour atas api ada lah about 8 jam. Sesiapa teringin nak makan dodol bolehlah mencuba resipi saya ni.


Bahan-bahannya:


1 peket tepung pulut
1 kg santan
3 kerek gula melaka ( org terengganu panggil nissang )
3 liter air
secubit garam.
























Cara membuatnya:

Bancuhkan tepung pulut dengan air.  Cairkan dulu gula kerek dengan sedikit air di atas api.  Bila dah cair tapiskan ( sebab gula ni kadang-kadang ada anasir luar yang kita tak nak ).  Dalam kuali- campurkan santan, bancuhan tepung pulut, dan air gula serta garam.  Bermulalah sesi mengode.... Bila dah sangat pekat sampai dodol menjadi bulat seketul dan tidak melekat pada kuali serta kelihatan berkilat bolehlah kalau nak stop mengode.  tapi kalaau suka dodol boleh dipotong tunggulah sekejap lagi..Buat dodol ni kena sabar.  InsyaAllah menjadi.  Selamat mencuba.

8 comments:

  1. boleh cuba ni..puas dah cari resepi utk.buat sikit punya...baru jumpa...terima kasih atas perkongsian ni..

    ReplyDelete
  2. 1 peket tepung tu yang 500gm atau 1kg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...