Tuesday, October 2, 2012
NASI AYAM
simplest nasi ayam...paling senang buat. kalau org nk dtg short notice..tak de menu lain, nasi ayam lah...
here is how to prepare nasi ayam.
1 ekor ayam potong 4
3 ulas bwng putih
1 btg serai ketuk
1 biji bawang besar belah 4
1 batang carrot potong agak besar
2 keping asam gelugur
2 inci halia hiris/ketuk
2.5 liter air rebusan
garam n
perencah secukup rasa.
rebus semuanya selama 50 minit. jgn terlalu lama...
keluarkan ayam
perapkan ayam dengan
5 sudu bsr kicap manis kipas udang
2 sudu besar minyak bijan
1/2 suduteh secukup rasa.
untuk masak nasi:
2 cwn beras basmathi
3 cwn beras siam wangi
basuh, toskn.
7 cwn air rebusan ayam tadi..
2 helai daun pandan.
2 sudu bsr marjerin @ butter
2 sudu besar minyak bijan
dlm periuk/rice cooker panaskn marjerin
masukkn daun pandan goreng sampai wangi.
masuk beras kacau sekejap.
masukkn air rebusan
masukkn minyak bijan.
tambah garam n perencah secukup rasa.
masak mcm biasa.
ayam yang dah diperap tadi digoreng api perlahan dlm minyak separuh tenggelam. goreng sampai golden brown. boleh potong kecil2 sebelum dihidangkan.
sos lada:
4 biji lada hijau
3 biji lada merah
2 sudu teh cuka
2 suduteh gula
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh secukup rasa
1 ulas bwng putih yg telah dilayur ats api @ boleh ambil bwng putih dlm rebusan aym tadi. kalau guna bwng putih tanpa dilayur rasenye tengit n akn meninggalkan rase urang sedap pd lidah selepas mkn..
blend semua bhn di atas...sos nasi ayam dah siap.
potong salad@ lettuce@coral leaves n cucumber n tomatoes...
untuk sup gunakan air rebusan tadi. taburkan daun sup n daun bwng yg dipotong halus n bwng goreng.
ready to indulge!....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment