Friday, December 9, 2011

Nasi Arab Ayam Mandy.

assalamualaikum frens.

suka tak makan nasi arab mandy?  sebelum ni sy selalu beli nasi mandy lamb or chicken dari restaurant al-rawsha, restaurant nasi arab Al-amin gombak, restaurant saba' di dataran jelatek....harganya agak mahal....






sy dpt resepi ni dr seorng kwn yg juga dpt dr internet.. sy cuba n hasilnya... superb!

Nasi Mandy Ayam

nasi mandy

1 ekor ayam potong 8
rebus ayam bersama:
2 L air-tambah jika perlu
2 cm halia
2 bj bwng besar belah 4
4 ulas bwang putih-ketuk
rempah kasar 4 sekawan- kayu manis, bunga lawang, buah pelaga n bunga cengkih)
1 keping asam gelugur
1 sudu teh perencah secukup rasa
garam secukupnya.
Rebus selama 50 minit.
keluarkan ayam.
tapis air rebusan untuk masak nasi dan tinggal sikit untuk sup .

Perap ayam dengan:
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh secukup rasa
sedikit garam
sedikit serbuk safron @ pewarna kuning.
Goreng ayam dalam minyak separuh tenggelam sehingga golden brown.
Ayam mandy dah siap!

Untuk masak nasi:

5 cawan beras Parboiled Vita Grain super long Jasmine rice.
( gunakan beras ini untuk nasi yg pluffy n lembut-sedap!)
7 1/2 cawan air rebusan tadi. ( 1 cwn beras + 1 1/2 cwn air)

dlm periuk lain tumis:
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
dengan 2 sudu besar minyak sapi g-blend.
tumis selama seminit dan tuangkan ke dalam periuk nasi tadi. kacau sikit-masak dlm periuk elektrik mcm biasa
sampai nasi hampir kering.  buat lubang di tengah......masukkn arang berbara yg berasap n tutup periuk. ( refer di bwh untuk cara...) let it be for about 10 minutes.  take out the arang-buang.  titiskn sedikit warna kuning ats nasi sebelum gaul. now nasi mandy is ready...

perkara penting untuk dptkan aroma nasi mandy...
semasa mula2 nak masak nasi tadi pd masa sama nyalakan beberapa ketul arang sehingga berbara.  tips utk dpat arang berbara dengan segera...letakkan ketulan arang atas api dapur gas utk beberapa minit.  masukkan dlm aluminium foil n tuangkan sedikit minyak masak....berasap! terus masukkan foil yg berisi arang ni ke dlm lubang nasi dlm periuk..tutup periuk!  this is the trick to get the nice aroma of 'salai'  mandy rice...sound hard to do ha? actually this is not as bad  as it sounds. try first..amazed later...
Nasi mandy dah siap!


sos lada

5 bj lada hijau yg fresh
2 bj lada merah
1/2 suduteh garam
1 suduteh gula
1 suduteh cuka
2 bj buah tomato dibuang biji n dicincang
secekak daun ketumbar dicincang halus.

blend lada bersama sedikit garam n gula n  tambah sikit air.
campurkan dengan
2 bj buah tomato- di buang biji- dicincang halus n
secekak daun ketumbar-cincang halus. sos lada dah ready...

salad

1 bj timun  buang biji potong panjang
1 bj lada hijau potong buang bj potong serong
daun lettuce potong kecil
7 bj buah zaitun jeruk
1 sudu besar cuka
2 suduteh gula
1/2 suduteh garam
1 sudubesar minyak zaitun

gaulkan semua-salad dah ready.

sos yogurt

5 sudubesar plain natural yogurt tambahkan 1 sudubesar gula n sikit air-bancuhkn- sos yogurt dah ready....

Nasi mandy dihidangkan bersama ayam  mandy, sos lada, salad n sos yogurt.. kalau nak buat versi melayu boleh hidang dengan sup dari air rebiusan ayam....so why waiting? indulge!....regret later...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...