Resepi yang pertama ni sebagai memenuhi permintaan Shahariah... Kalau tak ada kacang walnut boleh guna pecan atau tak payah buh kacangpun tak pe. Kalau dah cuba nanti bolehlah bawak sikit ke sekolah ye...
Bahan-bahan:
4 bj telur
1 1/4 cawan minyak sayuran
2 cawan gula
2 sudu teh vanilla extract
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 cawan carrot yang sudah diparut
1 cawan kacang walnut @ pecan.
Bahan untuk frosting
1/2 buku butter
1 buku cream cheese
3/4 cawan gula halus
1 sudu teh vanilla
cheese n butter mestilah dikeluarkn awal dari peti supaya lembut sebelum dipukul.
mix semua bhn di ats sampai kembang- 15 minit.
Cara buat cake:
1. Panaskan oven 175 degrees C.
2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, minyak, gula n vanilla. Pukul high speed selama 15 minit.
3. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan soda n baking powder, garam n serbuk cinnamon. Masuk carrot parut n kacang. Gaul dengan senduk.
4. Alas loyang dengan kertas. Sapu minyak- tuangkan adunan.
5. Bakar selama 50 minit. sejukkan atas wire rack.
6. Bila dah sejuk sapukan dengan frosting. bolehlah hias sikit dengan ceri dan parutan carrot.
7. Sejukkan dlm fridge semalaman.
Ready to indulge!
p.s - Carrot cake ni sedap dimakan sejuk.
No comments:
Post a Comment