Hari raya tahun ni memang lambat lagi...tapi saya nak kongsi resipi pagi raya kami sekeluarga untuk tahun lepas...so long overdue! tak pe..better late than never. Semua gambar-gambar ni saya rakamkan masa masak nasi bukhari ni pada hari raya tahun lepas. Terlalulah sibuknya konon sampai tak sempat nak post. Akhirnya...here is what i want to share with you...
Nasi Bukhari ( untuk family of 15 or so..)
2kg tulang lembu--direbus selama 2 jam, buang air rebusan pertama utk nyah lemak!
8 cawan beras basmathi Moghul
2 peket rempah Bukhari faiza
seikat daun ketumbar
seikat daun pudina
1 tin minyak sapi ghee blend
Bahan utk ditumis:
5 bj buah tomato--dicincang halus
2 bj bawang besar--dicincang halus
2 ulas bwg putih--dicincang halus
1 inci halia--dicincang halus
semua bhn di atas ditumis dalam 1 tin kecil minyak sapi Ghee blend. tumis sampai wangi, masukkan 2 bungkus rempah bukhari Faiza ( tak payah bancuh dgn air ) kacau tambahkn sedikit air.
Tumis n kacau sampai rempah masak. Masukkan tairu-kacau -tambah sedikit air kalau perlu. masukkan tulang yang sudah direbus tadi dan sedikit air rebusan. Rebus lagi sampai mesra @ sampai pekat. Masukkan garam n serbuk perasa. Masukkan daun ketumbar n daun pudina. Tulang n rempah ni mesti dimasak sampai pekat. Dalam rice cooker, buat lapisan beras dengan rempah secara berselang seli. lapisan beras bwh sekali. ( supaya nasi tak melekat kat periuk ). susun ketulan tulang berempah atas beras dan seterusnya.. tuangkan air rebusan yang selebihnya sebanyan 10 cawan sukatan beras tadi. Masak mcm biasa---biar ia cooking sampai off sendiri--jangan buka sehingga satu jam. selepas sejam insyaAllah nasi akan nice n pluffy...
-lapiskan rempah dengan beras |
-tambah air rebusan tulang |
-masak untuk 1 jam |
-nasik dah masakm nice and fluffy |
-acar rampai |